Halaman blog rasmi Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pengkalan Alor Gajah Melaka. .

Khamis, 17 September 2009

MAJLIS PENUTUPAN BULAN KEMERDEKAAN

17 Okt - Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan disambut serentak dengan Majlis Penutupan Ihya Ramadan al-Mubarak. Majlis dimeriahkan dengan nyanyian lagu patriotik dan persembahan multimedia.

MAJLIS PENUTUPAN IHYA RAMADAN AL-MUBARAK

M18 Okt- Majlis dirasmikan oleh Pengetua SMK Seri Pengkalan, Dr Hajah Rosnanaini bt Sulaimi. Majlis juga diserikan dengan Acara Katam Quran dan persembahan nasyid.

Jumaat, 4 September 2009

AKTIVITI IHYA RAMADAN AL-MUBARAK

4 Sept - Tazkirah Ramadan. Disampaikan oleh Puan Rozita Abd Hamid, Guru Cemerlang Pendidikan Islam SMKSP di tapak perhimpunan. Tazkirah menyentuh tentang kebersihan khususnya kebersihan diri. Majlis disemarakkan lagi dengan bacaan Yasin yang diketuai oleh Ustaz Mohd Hadir b Mahat.
1 - 19 Sept Tazkirah Ramadan (kelas) 5 minit dalam waktu P & P pertama.
28 Ogos- Gotong Royong mengemas Surau Al-Hidayah SERI. Gotong Royong ini melibatkan guru-guru Pendidikan Islam.
21 Ogos - Majlis Penutup Qada' Puasa dan Perasmian Ramadan al-Mubarak.

Rabu, 2 September 2009

PEPERIKSAAN PENGESANAN SPM 2009



Pelajar tingkatan 5 mula menghadapi peperiksaan pengesanan SPM 2009 dari 2 September 2009 hingga 18 September 2009. Dewan Seri dan dewan Blok B akan digunakan sepanjang minggu peperiksaan .SEMOGA BERJAYA kepada semua calon SPM daripada warga Seri.

Jumaat, 21 Ogos 2009

SELAMAT BERPUASA

Kepada semua Warga Seri,

Selamat Berpuasa sepanjang bulan Ramadan Al Mubarak ini.
Semoga kita dapat menjalankan tanggungjawab sebagai umat islam yang patuh pada rukun islam yang ke tiga dan juga perintah Allah s.w.t

PENGERTIAN PUASA :

Puasa ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai terbit fajar hinggalah terbenam matahari.

PROGRAM QADA' PUASA

Program Qada` puasa telah sampai ke penghujungnya. 21 Ogos 2009 iaitu bersamaan dengan 30 Syaban SMKSP telah menjalankan program penutupan Qada` Puasa.Guru yang mengajar matapelajaran pendidikan islam bertanggungjawab dalam mengendalikan program ini.

Selasa, 18 Ogos 2009

PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR


Pada 17 Ogos 2009, telah bermulanya peperiksaan percubaan PMR bagi semua pelajar tingkatan 3. Pelajar tingkatan 3RK Gemilang, 3RK Cemerlang , 3 Arifdan 3Bestari menduduki peperiksaan di Dewan Seri, manakala pelajar tingkatan 3Cerdas , 3 Dedikasi dan 3Efektif di Dewan B. Peperiksaan ini akan tamat pada 21 Ogos 2009 Dengan itu kami Warga Seri mengucapkan, Selamat Menduduki Peperiksaan. GOOD LUCK!


P/S - jangan meniru tau ;)

Isnin, 10 Ogos 2009

BULAN KEMERDEKAAN

Pelancaran Bulan Kemerdekaan di SMKSP ialah pada Isnin 3 Ogos 2009.

Bulan Kemerdekaan dirasmikan oleh Cik Hjh Normadiah binti Mohd Isa. Semua pelajar SMKSP menyanyikan lagu patriotik sebelum Bulan Kemerdekaan dirasmikan pembukaannya. Setiap kelas diberi bendera Malaysia untuk diletakkan di kelas masing-masing. Pemberian bendera ini adalah sebagai tanda semangat patriotik yang ditunjukkan oleh warga Seri. Syabas Seri!!!!!!!

Ahad, 9 Ogos 2009

PERKAMPUNGAN SASTERA 09

6-8 Ogos - Seramai 60 orang calon Sastera SPM 2009 mengikuti Perkampungan Sastera yang dikendalikan oleh Pn Hajah Rohayah Abu di Dewan Seri. Program ini dirasmikan oleh Encik Md Nor bin Yusof, GPK Kokurikulum SMKSP. Pengisian program ini berbentuk bengkel, penghayatan karya, penghasilan modul soalan dan apresiasi karya.

Program ini dapat mengenalpasti kekuatan dan kelemahan pelajar. Pelajar-pelajar lebih menguasai tajuk-tajuk dan lebih yakin untuk menghadapi peperiksaan.

SELAMAT BERJAYA.

Rabu, 24 Jun 2009

JADUAL PEPERIKSAAN SPM 2009


JADUAL PEPERIKSAAN SPM TAHUN 2009

SPM 2009 Klik Disini.

HARI TEMU MESRA GURU & IBU BAPA

26 Jun 2009 ( JUMAAT) ini SMKSP akan mengadakan Program Temu Mesra ibu bapa pelajar tingkatan 3 dan 5 bersama-sama dengan Guru Tingkatan masing-masing.
Ibu bapa akan menandatangani slip peperiksaan pertengahan tahun pelajar PMR & SPM.
Sesi perjumpaan ini dibahagikan kepada dua sesi iaitu sesi pertama untuk pelajar Tingkatan 3, bermula dari pukul 8 pagi hingga 10 pagi dan sesi kedua untuk pelajar Tingkatan 5. Program ini dijalankan di DEWAN SERI. Kehadiran ibu bapa pelajar amat dialu- alukan. Sekian


SELAMAT DATANG KE BLOG SMK SERI PENGKALAN