Halaman blog rasmi Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pengkalan Alor Gajah Melaka. .

Khamis, 17 September 2009

MAJLIS PENUTUPAN BULAN KEMERDEKAAN

17 Okt - Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan disambut serentak dengan Majlis Penutupan Ihya Ramadan al-Mubarak. Majlis dimeriahkan dengan nyanyian lagu patriotik dan persembahan multimedia.

MAJLIS PENUTUPAN IHYA RAMADAN AL-MUBARAK

M18 Okt- Majlis dirasmikan oleh Pengetua SMK Seri Pengkalan, Dr Hajah Rosnanaini bt Sulaimi. Majlis juga diserikan dengan Acara Katam Quran dan persembahan nasyid.

Jumaat, 4 September 2009

AKTIVITI IHYA RAMADAN AL-MUBARAK

4 Sept - Tazkirah Ramadan. Disampaikan oleh Puan Rozita Abd Hamid, Guru Cemerlang Pendidikan Islam SMKSP di tapak perhimpunan. Tazkirah menyentuh tentang kebersihan khususnya kebersihan diri. Majlis disemarakkan lagi dengan bacaan Yasin yang diketuai oleh Ustaz Mohd Hadir b Mahat.
1 - 19 Sept Tazkirah Ramadan (kelas) 5 minit dalam waktu P & P pertama.
28 Ogos- Gotong Royong mengemas Surau Al-Hidayah SERI. Gotong Royong ini melibatkan guru-guru Pendidikan Islam.
21 Ogos - Majlis Penutup Qada' Puasa dan Perasmian Ramadan al-Mubarak.

Rabu, 2 September 2009

PEPERIKSAAN PENGESANAN SPM 2009



Pelajar tingkatan 5 mula menghadapi peperiksaan pengesanan SPM 2009 dari 2 September 2009 hingga 18 September 2009. Dewan Seri dan dewan Blok B akan digunakan sepanjang minggu peperiksaan .SEMOGA BERJAYA kepada semua calon SPM daripada warga Seri.