Halaman blog rasmi Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pengkalan Alor Gajah Melaka. .

Ahad, 9 Ogos 2009

PERKAMPUNGAN SASTERA 09

6-8 Ogos - Seramai 60 orang calon Sastera SPM 2009 mengikuti Perkampungan Sastera yang dikendalikan oleh Pn Hajah Rohayah Abu di Dewan Seri. Program ini dirasmikan oleh Encik Md Nor bin Yusof, GPK Kokurikulum SMKSP. Pengisian program ini berbentuk bengkel, penghayatan karya, penghasilan modul soalan dan apresiasi karya.

Program ini dapat mengenalpasti kekuatan dan kelemahan pelajar. Pelajar-pelajar lebih menguasai tajuk-tajuk dan lebih yakin untuk menghadapi peperiksaan.

SELAMAT BERJAYA.