Halaman blog rasmi Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pengkalan Alor Gajah Melaka. .

Sabtu, 24 Disember 2011

PMR 2011 - Tahniah!

24 Disember - Seramai 13 orang pelajar yang berjaya lulus cemerlang semua mata pelajaran iaitu 8A dan 7A. Tahniah kepada semua calon PMR 2011 yang telah menaikkan peratus kelulusan PMR sekolah.

Semoga dengan pencapaian yang cemerlang dalam PMR ini akan mendorong kepada pelajar-pelajar SERI lebih cemerlang.

TAHNIAH!!!

Khamis, 13 Oktober 2011

Naik taraf Bilik Sumber Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)

13 Oktober - bertempat di Dataran Seri, telah diadakan Majlis Perasmian Naik Taraf Bilik Sumber Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa). Majlis telah disempurnakan oleh YDP PIBG iaitu Encik Jasmin bin Jasin. Majlis juga diserikan dengan acara deklamasi sajak oleh Nurafiqah Aziz iaitu penyandang naib johan negeri Melaka sempena Karnival PPDa).

Khamis, 6 Oktober 2011

Pertandingan PPDa Peringkat Kebangsaan

Tahniah! SMK Seri Pengkalan terpilih 5 sekolah terbaik untuk pertandingan ke peringkat kebangsaan.

Isnin, 3 Oktober 2011

Majlis Restu Ilmu PMR

3 Oktober, bertempat di Dataran SERI, majlis restu ilmu untuk pelajar tingkatan 3 telah dijalankan. Mohd Hazwan pelajar 3 RK Gemilang mewakili pelajar-pelajar tingkatan 3 memohon doa restu daripada para guru. Sementara Encik Mohd Zahrin pula mewakili para guru menghalalkan ilmu yang telah diberikan kepada calon PMR 2011.

Warga SERI mendoakan kejayaan yang cemerlang kepada colan PMR 2011.

Khamis, 15 September 2011

1 MALAYSIA: TRANSFORMASI BERJAYA, RAKYAT SEJAHTERA



15 Sept, Nyanyian lagu 31 Ogos dan Jalur Gemilang mengimarahkan Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan SMKSP 2011. majlis disempurnakan oleh Pn. Tunzilah Rahani selaku GPK Hem SMK Seri Pengkalan .

Rabu, 14 September 2011

Pertandingan PPDa Peringkat Kebangsaan

Persediaan untuk pertandingan dijalankan dengan giatnya.

Isnin, 12 September 2011

Pertandingan Kantin Peringkat Negeri Melaka

12n September - Pemantauan dan penggredan sempena Pertandingan Kantin Peringkat Negeri Melaka telah dilaksanakan. Dua kumpulan pemantau itu ialah Kementerian Kesihatan Melaka dan Jabatan Pelajaran Melaka.

Jumaat, 24 Jun 2011

Penjanaan Modal Insan - Bulan Rejab

24 Jun, Penjanaan Modal Insan dilaksanakan dengan Puan Rozita Abdul Hamid berkongsi ilmu tentang Fadhilat Bulan Rejab. Warga SERI digalakkan menunaikan solat sunat di samping solat wajib tidak ditinggalkan, puasa sunat dilaksanakan di samping puasa Qada' didahulukan dan juga memperbanyakkan doa serta amalan-amalan lain kerana bulan Rejab bulan keberkatan.

Warga SERI, bersama-samalah kita hayati peristiwa penting bulan Rejab iaitu Isra' dan Mikraj dan menjalankan ibadat-ibadat sunat dalam bulan Rejab yang tinggal beberapa hari sahaja lagi!

Isnin, 16 Mei 2011

Selamat Hari Guru

16 Mei - "Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara" tema Hari Guru 2011. Acara dimulakan dengan bacaan perutusan Pengarah KPM, Menteri Pelajaran, YDP PIBG dan pengetua sekolah. Memeriahkan lagi sambutan Hari Guru dan Hari Pekerja tahun ini, warga SERI dihiburkan dengan persembahan pelajar dan nyanyian lagu daripada pelajar, dan dua orang kakitangan sokongan sekolah iaitu Puan Nora dan Puan Fitrizah.

Menggamatkan suasana dan menggembirakan hati warga SERI ialah dendangan lagu daripada Encik Abu Bakar Awang, Pengetua SMK Seri Pengkalan.

Terima kasih kepada anak-anak SERI yang menjayakan Hari Guru!

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.

Khamis, 5 Mei 2011

Majlis Meraikan Perpindahan Pn Hajah Rohani Abdullah


4 Mei - Pada jam 1.45 bertempat di Dewan SERI, warga SERI meraikan perpisahan dan perpindahan Puan Hajah Rohani bt Hj Abdullah ke SM(A) Al-Asyraf. Tahniah kerana kenaikan pangkat sebagai GPK Kokurikulun di sekolah tersebut.

Puan Hajah Rohani mula berkhidmat di SMK Seri Pengkalan sejak tahun 1990. Beliau dilantik sebagai Guru Kanan Mata Pelajaran (Teknik dan Vokasional) pada tahun 2001.




Thank you teacher!!!.

Jumaat, 29 April 2011

Public Speaking Daerah Alor Gajah

28 April - SMK Seri Pengkalan menjadi tuan rumah untuk Pertandingan Public Speaking daerah Alor Gajah. Pertandingan yang telah dijalankan di Pusat Sumber SERI berlangsung dari jam 11.00 pagi dan berakhir pada 4.00.

Tahniah kepada Liu Juin Long kerana mendapat tempat ketiga.

Khamis, 28 April 2011

Pidato



27 April - Betempat di SMK Tebong, Muhammad Shafie bin Abdul Mutalib muncul sebagai JOHAN peringkat daerah Alor Gajah.

TAHNIAH Muhammad Shafie!.

Isnin, 25 April 2011

Sepak Takraw MSSNM kawasan Alor Gajah

23 April, pertandingan Sepak Takraw Lelaki Bawah 15 mendapat tempat ketiga peringkat kawasan Alor Gajah. Perlawanan tersebut telah dijalankan di Dewan Serbaguna Pejabat Tanah Alor Gajah.

Tahniah pemain Sepak Takraw SERI!

Tilawah al-Quran Pendidikan Khas

24 Mac -Tiga orang pelajar Pendidikan Khas iaitu Mohd Zamri bin Othman, Nor Atiqah bt Mahat dan Nur Nasuha bt Hussin telah menyertai pertandingan dalam TIlawah al-Quran. Pelajar-pelajar Pendidikan Khas telah mendapat tempat pertama untuk kategori Tilawah dan tempat kedua dalam Pertandingan Khat dan Pertandingan Hafazan.

Tahniah kepada peserta dan guru pembimbing!

Ahad, 24 April 2011

Pertandingan Kawad Kaki

23 April - Pasukan JPA3 telah mendapat tempat Naib Johan dalam kategori Pakaian Terbaik dalam Pertandingan Kawad Kaki sempena sambutan hari perpandaran Alor Gajah. Pertandingan tersebut telah dijalankan di Dataran Keris Alor Gajah.

Tahniah kepada pasukan JPA 3!.

Sabtu, 23 April 2011

Kursus Kepimpinan dan Pengurusan Kelab/Persatuan

23 April - Bertempat di Dewan Seri, 10 buah sekolah telah menghantar ketua-ketua bagi Kelab dan Persatuan untuk menghadiri Kursus Kepimpinan dan Pengurusan Kelab dan Persatuan. Program tersebut bermula pada jam 7.45 dan berakhir 5.30petang.



Program-program yang dijalankan ialah Ceramah Motivasi Pemimpin dikendalikan oleh Pn Rozita Abdul Hamid, Peranan dan Tanggungjawab Kelab dan Persatuan oleh En Chan Chin Ho dari SMJK Yok Bin, Pengurusan Organisasi oleh Haji Sulaiman Yasin (SMK Tun HAji Abdul Malik), Pemarkahan 10 peratus dalam kegiatan kokurikulum (Pegawai Unit Koku/PPD/JP) dan diakhiri dengan Bengkel Pengucapan Awam Mengacarakan Majlis oleh Puan Azizah AHmad (SMV Datuk Seri Mohd Zain).

Jumaat, 22 April 2011

Pertandingan Berbalas Pantun

21 April 2011 - Tahniah kepada pemantun-pemantun SERI. Anak-anak SERI terus mengharumkan nama SERI dengan memenangi tempat ketiga bagi pertandingan berbalas pantun peringkat kawasan Alor Gajah.

Tahniah atas kejayaan yang diraih dan cuba lagi untuk tahun hadapan!

Bola Jaring P15

21 April - bertempat di SMK Tebong, pasukan bola jaring P15 berjaya mendapat tempat Naib Johan setelah tewas kepada MRSM Alor Gajah. Manakala pasukan P18 tahun pula mendapat tempat ke-4. Tahniah kepada pemain-pemain dan guru-guru yang terlibat.

Tahniah anak-anak SERI!

Khamis, 21 April 2011

Pertandingan Memasak

20 April - Pengakap Pendidikan Khas telah menyertai Pertandingan Memasak di Hutan Rekreasi Ayer Keroh. Pertandingan peringkat ini dijuarai oleh pasukan dari SMK Seri Pengkalan.

Tahniah pelajar-pelajar Pendidikan Khas!

SERI boleh!

Selasa, 19 April 2011

Bola Baling daerah Alor Gajah



19 April - SERI berjaya meraih Naib Juara kategori Perempuan 18 dalam Kejohanan Bola Baling MSSM kawasan Alor Gajah setelah tewas pada SMK Durian Tunggal. SMK Seri Pengkalan berjaya mendapat Naib Johan setelah menewaskan SM(V)DSMZ, SMK Sultan Mansor Syah, SMK Datuk Haji Talib Karim dan MRSM Alor Gajah.

Tahniah kepada pasukan pemain P18 SERI!

Isnin, 18 April 2011

Majlis Tadarus al-Quran - (MTQ) 2011/1432H

14 April 2011 - bertempat di SMK (A) Sharifah Rodziah,

Nor Ardilla binti Sham pelajar 3RK Gemilang menjurai pertandingan syarahan . SERI mencipta nama sekali lagi dengan menjuarai peringkat negeri Melaka dengan ucapan "Puasa Menjana Akhlak Mulia". Nor Ardilla akan mewakili sekolah-sekolah negeri Melaka ke peringkat kebangsaan pada bulan Mei di Pulau Pinang.


Warga SERI mendoakan kejayaan Nor Ardilla. Semoga berjaya!!!



Rabu, 13 April 2011

Kejohanan Bola Tampar MSSMNM

11-12 April - , 2 pasukan bola tampar sekolah telah menyertai Kejohanan ini bertempat di Gelanggang Bola Tampar UiTM. Pasukan Perempuan Bawah 18 tahun diiringi oleh Pn Hajah Dalilah binti Mansur dan pasukan lelaki Bawah 18 Tahun pula oleh Encik Riffin Che Mat dan Encik Mohd Hadir bin Mahat

Lawak Jenaka Sekolah-Sekolah Menengah Melaka

12 April - Pertandingn akhir Lawak Jenaka Sekolah-Sekolah Menengah Negeri Melaka telah dijalankan di Dewan Bestari, Jabatan pelajaran Melaka. SMK Seri Pengkalan telah diwakili oleh Azri al-Hafiz bin Mohammad, Muhammad Nur Hafiq Haqimy bin Roslizan dan Muhammad Nur Zariq Haiqal bin Roslizan.

Pertandingan yang satu-satunya dijalankan di negara ini dapat mencungkil bakat terpendam para pelajar di samping melahirkan pelajar yang berkeyakinan dan serba boleh.

Selasa, 5 April 2011

Bahas Ala Parlimen Kawasan Alor Gajah 2011



5 April 2011 - SMK Seri Pengkalan mncul sebagai johan dalam pertandingan Koakademik Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen Kawasan Alor Gajah 2011.




SMK Seri Pengkalan berjaya menewaskan SMK Durian Tunggal sebagai kerajaan dalam mengemukakan usul "Institusi Pendidikan Menjamin Kejayaan Individu dalam Kehidupan" di SMA (JAIM)

Al-Asyraf, Pekan Pulau Sebang. Tahniah kepada Muhammad Noor Faiz bin Mahad, Nur Syafiqa bt Shahabudin, Nur Asyiqin bt Hairudin, Nurul Hamizah bt Maarus dan Amrita Kaur a/p S. Aruldas atas kejayaan mereka. Tahniah juga kepada pembahas terbaik Bahas Ala Parlimen Kawasan Alor Gajah iaitu Nur Syafiqa bt Shahabudin. Tahniah juga kepada guru-guru pembimbing mereka; Pn Zaharah Mohd Sharif dan Pn Normah Abu Samah. Semoga berjaya di peringkat negeri nanti!.

Isnin, 4 April 2011

Jasamu dikenang!

4 April 2011 - Tahniah kepada Pn Hajah Rohani Abdullah kerana akan berpindah ke SMA(JAIM) Al-Asyraf, Pekan Pulau Sebang sebagai GPK Kokurikulum. Ucapan tahniah atas kenaikan pangkatan beliau disampaikan oleh Encik Abu Bakar bin Awang dalam perhimpunan rasmi sekolah. Bagai manapun pihak sekolah turut bersedih kerana perpindahan beliau merupakan satu kehilangan kepada sekolah kerana beliau merupakan seorang yang banyak memberi sumbangan dan komitmen yang tinggi terhadap tugas dan kejayaan sekolah. TAHNIAH Pn Hajah Rohani!!!!

Jumaat, 1 April 2011

Kejohanan Olahraga MSSM kawasan Alor Gajah

28 - 31 Mac 2011 - Kejohanan Olahraga MSSM daerah Alor Gajah berakhir dengan tuan rumah menjuarainya. SMK Seri Pengkalan muncul sebagai johan keseluruhan dengan merangkul 23 pingat emas, 20 perak dan 9 gangsa.

Anugerah Olahragawan dan Olahragawati 2011 merupoakan atlet SERI iaitu Marerelaksman dan Siti Nur Zatil. Sementara sekolah juga mendapat piala pusingan untuk kategori Lelaki 15, Perempuan 15 dan Perempuan 18.

TAHNIAH ..... anak-anak SERI!

Khamis, 24 Mac 2011

SPM, gembira atau duka???

23 Mac, keputusan SPM 2010 diumumkan. Pelajar-pelajar SPM 2010 menungggu dengan penuh debaran keputusan yang tuan pengetua bakal umumkan. 3 pelajar dari 5 Ibnu Sina tahun 2010 yang mendapat 'straight' A ialah Melissa Chin Queen Kha, Alexander s/o Aruldas dan Jordan Christopher Chin Chien Chuan . Tahniah kepada mereka dan juga kepada yang telah berjaya begitu juga kepada warga SERI kerana peningkatan peratusan SPM sesi 2010. Tahniah dan terima kasih kepada warga SERI yang membantu kejayaan pelajar-pelajar

Rabu, 23 Mac 2011

Strategi SPM & PMR A

23 Mac, Pelajar tingkatan 5 didedahkan dengan strategi menjawab soalan SPM Bahasa Melayu.
Manakala pelajar-pelajar tingkatan 3 pula didedahkan dengan teknik menjawab Geografi.

Selasa, 15 Mac 2011

Kejohanan Merentas Desa Peringkat Kebangsaan.

11 - 14 Mac, bertempat di Kuching, Sarawak, 3 atlet sekolah iaitu Kogilan, Marevelaksman dan Nurizzaty Abdullah telah mewakili negeri Melaka bagi acara merentas desa. Kogilan telah mendapat tempat ke-21, Marevelaksman tempat ke-57 dan Nurizzaty daripada 150 peserta bagi setiap kategori.

Tahniah anak-anak SERI kerana berjaya ke peringkat kebangsaan!.

Sabtu, 12 Mac 2011

Kejohanan Petanque Angkasa Peringkat Negeri

11 Mac - Seramai 9 orang pemain petanque dihantar ke Arena Petanque Hang Jebat, pantai Kundur, Melaka bagi menyertai Kejohanan Petanque Angkasa Negeri Melaka. Pasukan sekolah mendapat saguhati bagi acara-acara yang disertai.

Jumaat, 11 Mac 2011

Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas

8 - 10 Mac - Bertempat di SMK Seri Kota, pelajar-pelajar Pendidikan Khas telah menyertai Kejohanan Olehraga. Pelajar-pelajar telah mendapat gangsa dalam kategori Sindrom Down, Cerebral Palsi dan 100 meter.

Tahniah!!!

Sabtu, 5 Mac 2011

Kejohanan Merentas Desa MSSM Melaka

5 Mac - 9 orang atlet sekolah telah mewakili kawasan Alor Gajah dalam Kejohanan Merentas Desa MSSM Melaka yang bertempat di MRSM Alor Gajah. Bagi kategori lelaki 15 tahun, Kogilan a/l Gunasegaran mendapat tempat johan dan Marevelaksman a/l Subramaniam pulatempat ke-5. Bagi perempuan bawah 18 tahun pula, tempat ke-4 ialah Nur Izzaty Abdullah dan lelaki bawah 18 tahun mendapat tempat ke-14.

Tahniah kepada Kogilan, Marevelaksman dan Nur Izzaty yang mewakili Melaka ke MSSM di Sarawak. Tahniah juga kepada pengurus dan jurulatih mereka.

Semoga mereka akan berjaya dengan cemerlang!.

Jumaat, 4 Mac 2011

Bola Sepak MSSM Daerah Alor Gajah

3 Mac, Tahniah kepada pengurus dan jurulatih pasukan Bola Sepak Bawah 15 tahun kerana berjaya mendapat tempat ke-3. Perlawanan tersebut telah diadakan di SMK Seri Pengkalan pada 1 Mac 2011 dan di SMK Dato' Dol Said pada 3 Mac 2011.

Tahniah!

Program Pemantapan Sahsiah

4 Mac - Bertempat di Dewan Seri, program ini dijalankan oleh Unit HEM di bawah Program Penjanaan Modal Insan. Taklimat diberikan oleh Tuan Pengetua, Encik Abu Bakar bin Awang dan diikuti pula penerangan daripada GPK HEM, Puan Tunzilah Rahani dan Puan Rozita Abdul Hamid.
Taklimat dan penerangan menyentuh tentang akhlak, sahsiah pelajar-pelajar. Pelajar-pelajar juga diingatkan semula tentang peraturan sekolah. Pelajar-pelajar juga diseru agar mengamalkan adab belajar, adab dengan guru dan rakan-rakan.

Bola Sepak Lelaki Bawah 15

Tahniah kepada pasukan pemain bola sepak lelaki bawah 15 peringkat daerah Alor Gajah.
Jangan putus asa. Cuba lagi ....!!

Khamis, 3 Mac 2011

Selamat Berjaya Pelajar SERI!!!

Bermula 28 Februari pelajar-pelajar akan menghadapi ujian pertama mereka iaitu ujian bulan Februari. Ujian pertama bagi pelajar tingkatan 1 di alam sekolah menengah. Ada subjek-subjek yang baru dipelajari setelah berada di alam sekolah menengah. Jangan risau, jangan gusar serta bimbang, jika orang lain boleh buat, kita juga pun boleh juga.

SELAMAT BERJAYA!

Isnin, 28 Februari 2011

Kejohanan Merentas Desa Kawasan Alor Gajah

26 Feb - 16 orang atlet menyertai acara merentas desa peringkat kawasan Alor Gajah. Lelaki bawah 15 tahun telah mendapat tempat johan, naib johan, ketiga dan ke-6. Manakala peserta perempuan 15 tahun pula telah mendapat tempat johan dan ke-6. 9 orang atlet telah terpilih mewakili sekolah ke Kejohanan Merentas Desa Negeri pada 19 Februari 2011.

Tahniah anak-nak SERI!
Semoga mereka akan beroleh kejayaan.

Rabu, 23 Februari 2011

Pelancaran NILAM 2011

14 Februari - "Bangsa Membaca Bangsa Berjaya" tema pelancaran NILAM SMKSP 2011. Majlis telah dirasmikan oleh Encik Abu Bakar bin Awang di Dewan Seri. Warga Seri juga diseru untuk menggunakan masa luang untuk membaca. Sehubungan dengan itu, Tuan Pengetua juga turut merasmikan Program Wakaf Buku dan Program 5 minit membaca.




Selasa, 25 Januari 2011

Kejohanan Merentas Desa SMKSP 2011

20 Januari - Merentas Desa peringkat sekolah telah dijalankan bermula jam 3.00 petang. Semua ahli rumah sukan daripada Rumah Munsyi Abdullah, Tun Fatimah, Doal Said dan Hang Tuah beramai-ramai memeriahkan acara tersebut.

Majlis Penyampaian hadiah juga telah disempurnakan pada 24 Januari 2011 di Dewan SERI.

TAHNIAH! Rumah Dol Said mendahului rumah sukan yang lain diikuti dengan Rumah Munsyi Abdullah, Rumah Hang Tuah dan Rumah Tun Fatimah.

TAHNIAH kepada mereka yang berjaya.
Cuba lagi di Kejohanan Sukan Tahunan SMK Seri Pengkalan.

Sabtu, 8 Januari 2011

Ceramah Perdana Maal Hijrah 1432H

7 Januari 2011 - Menyambut Maal Hijrah, Panitia pendidikan SMK Seri Pengkalan menganjurkan Ceramah Perdana Maal Hijrah bertempat di Dewan SERI pada 7 Januari 2011. Ceramah "Satu Malaysia Satu Ummah" disampaikan oleh Ustaz Ayob bin Hanapi bertujuan untuk melahirkan para pelajar dan warga sekolah yang mempunyai pemahaman tentang pengertian dan peristiwa Hijrah.
Selain itu objektif sambutan Maal Hijrah ialah memupuk kesedaran para pelajar dan warga sekolah agar mencontohi pengorbanan sahabat Nabi s.a..w di dalam peristiwa Hijrah. Di sampibng itu juga, majlis ini bertujuan untuk membentuk sahsiah pelajar dan warga sekolah ke arah perubahan yang lebih baik dan positif .

Khamis, 6 Januari 2011

Anugerah Kecemerlangan PMR

4 Januari 2011 - Seramai 9 orang pelajar yang berjaya mencapai keputusan cemerlang dalam PMR telah diberi penghargaan oleh YB Datuk Norpipah binti Abdul.

Tahniah kepada pelajar yang berjaya mengharumkan nama SMK Seri Pengkalan!.

Sabtu, 1 Januari 2011

Selamat Datang Pelajar Baru.

31 Disember - Lebih 300 pelajar tingkatan 1 mula mendaftar di SMK Seri Pengkalan. Encik Abu Bakar bin Awang selaku Pengetua SMK Seri Pengkalan memberi taklimat kepada ibu bapa dan pelajar-pelajar baru sesi 2011.