Halaman blog rasmi Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pengkalan Alor Gajah Melaka. .

Selasa, 14 September 2010

Selamat Berjaya dalam Peperiksaan Percubaan SPM

15 September - Demam Hari Raya dan Demam peperiksaan. Calon-calon SPM negeri Melaka menghadapi peperiksaan percubaan SPM mulai 15 September - pada hari raya keenam. Didoakan anak SERI berjaya dengan cemerlang. Warga SERI Cemerlang!!! Anak SERI Cemerlang!

Selasa, 20 Julai 2010

Perkhemahan Mega Badan Beruniform

16 - 18 Julai 2010. Setiap pasukan diwajibkan menghantar 22 orang ahli untuk menyertai perkhemahan ini. Lebih kurang seramai 180 orang pelajar menjayakan program tersebut.

Perkhemahan Perkasa Remaja

9 - 11 Julai 2010, Perkhemahan Perkasa Remaja telah diadakan di Kem Naning. Sasarannya ialah pelajar bermasalah Tingkatan 3 dan 5. Program penutup ini dirasmikan oleh Y.B. Datok Abdul Wahab bin Abdul Latip.

Antara pengisian kursus ialah ice-breaking, ceramah daripada kaunselor, aktiviti ketahanan diri; flying-fox, ab-sailing, jalan lasak dan ikhtiar hidup. Di sebelah malam pula diisi dengan santapan rohani oleh Ustaz Ayob. Di malam kemuncak pula, persembahan kebudayaan daripada pelajar-pelajar.

Selasa, 6 Julai 2010

Bulan Akademik dan Bulan Membaca

5 Julai 2010 - Pelancaran Bulan Akademik dan Bulan Membaca.
Perasmian telah dimurnikan oleh Exco Wanita Malaysia, Pn Hajah Hasanah bt Salam di Dewan Seri.