Halaman blog rasmi Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pengkalan Alor Gajah Melaka. .

Isnin, 10 Ogos 2009

BULAN KEMERDEKAAN

Pelancaran Bulan Kemerdekaan di SMKSP ialah pada Isnin 3 Ogos 2009.

Bulan Kemerdekaan dirasmikan oleh Cik Hjh Normadiah binti Mohd Isa. Semua pelajar SMKSP menyanyikan lagu patriotik sebelum Bulan Kemerdekaan dirasmikan pembukaannya. Setiap kelas diberi bendera Malaysia untuk diletakkan di kelas masing-masing. Pemberian bendera ini adalah sebagai tanda semangat patriotik yang ditunjukkan oleh warga Seri. Syabas Seri!!!!!!!