Halaman blog rasmi Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pengkalan Alor Gajah Melaka. .

Jumaat, 4 September 2009

AKTIVITI IHYA RAMADAN AL-MUBARAK

4 Sept - Tazkirah Ramadan. Disampaikan oleh Puan Rozita Abd Hamid, Guru Cemerlang Pendidikan Islam SMKSP di tapak perhimpunan. Tazkirah menyentuh tentang kebersihan khususnya kebersihan diri. Majlis disemarakkan lagi dengan bacaan Yasin yang diketuai oleh Ustaz Mohd Hadir b Mahat.
1 - 19 Sept Tazkirah Ramadan (kelas) 5 minit dalam waktu P & P pertama.
28 Ogos- Gotong Royong mengemas Surau Al-Hidayah SERI. Gotong Royong ini melibatkan guru-guru Pendidikan Islam.
21 Ogos - Majlis Penutup Qada' Puasa dan Perasmian Ramadan al-Mubarak.