Halaman blog rasmi Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pengkalan Alor Gajah Melaka. .

Isnin, 16 Mei 2011

Selamat Hari Guru

16 Mei - "Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara" tema Hari Guru 2011. Acara dimulakan dengan bacaan perutusan Pengarah KPM, Menteri Pelajaran, YDP PIBG dan pengetua sekolah. Memeriahkan lagi sambutan Hari Guru dan Hari Pekerja tahun ini, warga SERI dihiburkan dengan persembahan pelajar dan nyanyian lagu daripada pelajar, dan dua orang kakitangan sokongan sekolah iaitu Puan Nora dan Puan Fitrizah.

Menggamatkan suasana dan menggembirakan hati warga SERI ialah dendangan lagu daripada Encik Abu Bakar Awang, Pengetua SMK Seri Pengkalan.

Terima kasih kepada anak-anak SERI yang menjayakan Hari Guru!

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.