Halaman blog rasmi Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pengkalan Alor Gajah Melaka. .

Jumaat, 29 April 2011

Public Speaking Daerah Alor Gajah

28 April - SMK Seri Pengkalan menjadi tuan rumah untuk Pertandingan Public Speaking daerah Alor Gajah. Pertandingan yang telah dijalankan di Pusat Sumber SERI berlangsung dari jam 11.00 pagi dan berakhir pada 4.00.

Tahniah kepada Liu Juin Long kerana mendapat tempat ketiga.

Khamis, 28 April 2011

Pidato



27 April - Betempat di SMK Tebong, Muhammad Shafie bin Abdul Mutalib muncul sebagai JOHAN peringkat daerah Alor Gajah.

TAHNIAH Muhammad Shafie!.

Isnin, 25 April 2011

Sepak Takraw MSSNM kawasan Alor Gajah

23 April, pertandingan Sepak Takraw Lelaki Bawah 15 mendapat tempat ketiga peringkat kawasan Alor Gajah. Perlawanan tersebut telah dijalankan di Dewan Serbaguna Pejabat Tanah Alor Gajah.

Tahniah pemain Sepak Takraw SERI!

Tilawah al-Quran Pendidikan Khas

24 Mac -Tiga orang pelajar Pendidikan Khas iaitu Mohd Zamri bin Othman, Nor Atiqah bt Mahat dan Nur Nasuha bt Hussin telah menyertai pertandingan dalam TIlawah al-Quran. Pelajar-pelajar Pendidikan Khas telah mendapat tempat pertama untuk kategori Tilawah dan tempat kedua dalam Pertandingan Khat dan Pertandingan Hafazan.

Tahniah kepada peserta dan guru pembimbing!

Ahad, 24 April 2011

Pertandingan Kawad Kaki

23 April - Pasukan JPA3 telah mendapat tempat Naib Johan dalam kategori Pakaian Terbaik dalam Pertandingan Kawad Kaki sempena sambutan hari perpandaran Alor Gajah. Pertandingan tersebut telah dijalankan di Dataran Keris Alor Gajah.

Tahniah kepada pasukan JPA 3!.

Sabtu, 23 April 2011

Kursus Kepimpinan dan Pengurusan Kelab/Persatuan

23 April - Bertempat di Dewan Seri, 10 buah sekolah telah menghantar ketua-ketua bagi Kelab dan Persatuan untuk menghadiri Kursus Kepimpinan dan Pengurusan Kelab dan Persatuan. Program tersebut bermula pada jam 7.45 dan berakhir 5.30petang.



Program-program yang dijalankan ialah Ceramah Motivasi Pemimpin dikendalikan oleh Pn Rozita Abdul Hamid, Peranan dan Tanggungjawab Kelab dan Persatuan oleh En Chan Chin Ho dari SMJK Yok Bin, Pengurusan Organisasi oleh Haji Sulaiman Yasin (SMK Tun HAji Abdul Malik), Pemarkahan 10 peratus dalam kegiatan kokurikulum (Pegawai Unit Koku/PPD/JP) dan diakhiri dengan Bengkel Pengucapan Awam Mengacarakan Majlis oleh Puan Azizah AHmad (SMV Datuk Seri Mohd Zain).

Jumaat, 22 April 2011

Pertandingan Berbalas Pantun

21 April 2011 - Tahniah kepada pemantun-pemantun SERI. Anak-anak SERI terus mengharumkan nama SERI dengan memenangi tempat ketiga bagi pertandingan berbalas pantun peringkat kawasan Alor Gajah.

Tahniah atas kejayaan yang diraih dan cuba lagi untuk tahun hadapan!

Bola Jaring P15

21 April - bertempat di SMK Tebong, pasukan bola jaring P15 berjaya mendapat tempat Naib Johan setelah tewas kepada MRSM Alor Gajah. Manakala pasukan P18 tahun pula mendapat tempat ke-4. Tahniah kepada pemain-pemain dan guru-guru yang terlibat.

Tahniah anak-anak SERI!

Khamis, 21 April 2011

Pertandingan Memasak

20 April - Pengakap Pendidikan Khas telah menyertai Pertandingan Memasak di Hutan Rekreasi Ayer Keroh. Pertandingan peringkat ini dijuarai oleh pasukan dari SMK Seri Pengkalan.

Tahniah pelajar-pelajar Pendidikan Khas!

SERI boleh!

Selasa, 19 April 2011

Bola Baling daerah Alor Gajah



19 April - SERI berjaya meraih Naib Juara kategori Perempuan 18 dalam Kejohanan Bola Baling MSSM kawasan Alor Gajah setelah tewas pada SMK Durian Tunggal. SMK Seri Pengkalan berjaya mendapat Naib Johan setelah menewaskan SM(V)DSMZ, SMK Sultan Mansor Syah, SMK Datuk Haji Talib Karim dan MRSM Alor Gajah.

Tahniah kepada pasukan pemain P18 SERI!

Isnin, 18 April 2011

Majlis Tadarus al-Quran - (MTQ) 2011/1432H

14 April 2011 - bertempat di SMK (A) Sharifah Rodziah,

Nor Ardilla binti Sham pelajar 3RK Gemilang menjurai pertandingan syarahan . SERI mencipta nama sekali lagi dengan menjuarai peringkat negeri Melaka dengan ucapan "Puasa Menjana Akhlak Mulia". Nor Ardilla akan mewakili sekolah-sekolah negeri Melaka ke peringkat kebangsaan pada bulan Mei di Pulau Pinang.


Warga SERI mendoakan kejayaan Nor Ardilla. Semoga berjaya!!!



Rabu, 13 April 2011

Kejohanan Bola Tampar MSSMNM

11-12 April - , 2 pasukan bola tampar sekolah telah menyertai Kejohanan ini bertempat di Gelanggang Bola Tampar UiTM. Pasukan Perempuan Bawah 18 tahun diiringi oleh Pn Hajah Dalilah binti Mansur dan pasukan lelaki Bawah 18 Tahun pula oleh Encik Riffin Che Mat dan Encik Mohd Hadir bin Mahat

Lawak Jenaka Sekolah-Sekolah Menengah Melaka

12 April - Pertandingn akhir Lawak Jenaka Sekolah-Sekolah Menengah Negeri Melaka telah dijalankan di Dewan Bestari, Jabatan pelajaran Melaka. SMK Seri Pengkalan telah diwakili oleh Azri al-Hafiz bin Mohammad, Muhammad Nur Hafiq Haqimy bin Roslizan dan Muhammad Nur Zariq Haiqal bin Roslizan.

Pertandingan yang satu-satunya dijalankan di negara ini dapat mencungkil bakat terpendam para pelajar di samping melahirkan pelajar yang berkeyakinan dan serba boleh.

Selasa, 5 April 2011

Bahas Ala Parlimen Kawasan Alor Gajah 2011



5 April 2011 - SMK Seri Pengkalan mncul sebagai johan dalam pertandingan Koakademik Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen Kawasan Alor Gajah 2011.




SMK Seri Pengkalan berjaya menewaskan SMK Durian Tunggal sebagai kerajaan dalam mengemukakan usul "Institusi Pendidikan Menjamin Kejayaan Individu dalam Kehidupan" di SMA (JAIM)

Al-Asyraf, Pekan Pulau Sebang. Tahniah kepada Muhammad Noor Faiz bin Mahad, Nur Syafiqa bt Shahabudin, Nur Asyiqin bt Hairudin, Nurul Hamizah bt Maarus dan Amrita Kaur a/p S. Aruldas atas kejayaan mereka. Tahniah juga kepada pembahas terbaik Bahas Ala Parlimen Kawasan Alor Gajah iaitu Nur Syafiqa bt Shahabudin. Tahniah juga kepada guru-guru pembimbing mereka; Pn Zaharah Mohd Sharif dan Pn Normah Abu Samah. Semoga berjaya di peringkat negeri nanti!.

Isnin, 4 April 2011

Jasamu dikenang!

4 April 2011 - Tahniah kepada Pn Hajah Rohani Abdullah kerana akan berpindah ke SMA(JAIM) Al-Asyraf, Pekan Pulau Sebang sebagai GPK Kokurikulum. Ucapan tahniah atas kenaikan pangkatan beliau disampaikan oleh Encik Abu Bakar bin Awang dalam perhimpunan rasmi sekolah. Bagai manapun pihak sekolah turut bersedih kerana perpindahan beliau merupakan satu kehilangan kepada sekolah kerana beliau merupakan seorang yang banyak memberi sumbangan dan komitmen yang tinggi terhadap tugas dan kejayaan sekolah. TAHNIAH Pn Hajah Rohani!!!!

Jumaat, 1 April 2011

Kejohanan Olahraga MSSM kawasan Alor Gajah

28 - 31 Mac 2011 - Kejohanan Olahraga MSSM daerah Alor Gajah berakhir dengan tuan rumah menjuarainya. SMK Seri Pengkalan muncul sebagai johan keseluruhan dengan merangkul 23 pingat emas, 20 perak dan 9 gangsa.

Anugerah Olahragawan dan Olahragawati 2011 merupoakan atlet SERI iaitu Marerelaksman dan Siti Nur Zatil. Sementara sekolah juga mendapat piala pusingan untuk kategori Lelaki 15, Perempuan 15 dan Perempuan 18.

TAHNIAH ..... anak-anak SERI!